suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakam foto bogel bersama pesawat, tiga tentera di UK terima kecaman ramai

Tindakan mereka ternyata mencetuskan kemarahan ramai.

TINDAKAN tiga pegawai tentera di United Kingdom (UK) yang berbogel di sisi sebuah pesawat Red Arrow menerima kecaman ramai.

Perbuatan itu dilakukan oleh Tats Taylor, Shane Woods dan Anthony Panton di pangkalan Scamopton, Lincolnshire.

Lebih memburukkan keadaan, lokasi kejadian itu turut menempatkan memorial kematian dua tentera, sekaligus menambah api kemarahan pihak atasan atas tindakan mereka.

Terdahulu, Taylor, 49, berkongsi beberapa foto itu di Facebook dan tidak menyangka ia akan memberi kesan buruk kepada dia dan rakan-rakan.

Biarpun sudah memadamkan gambar tersebut, ia bagaikan sudah terlambat dan perbuatan mereka disifatkan menjatuhkan maruah pasukan tentera.

Menurut seorang jurucakap tentera, perbuatan itu tidak mencerminkan keseluruhan anggota mereka.

Malah, dia turut berjanji tiga pegawai itu akan dikenakan tindakan sewajarnya atas apa yang telah mereka lakukan. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tentera, pesawat, bogel

Artikel Lain