suria

Kim Jong-un buat ‘kemunculan pertama’ selepas 20 hari khabar angin kematiannya

Kim Jong-un dalam acara memotong riben di sebuah majlis. Foto Yonhap News

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas 20 hari khabar angin mengenai kematiannya bertiup kencang.

Agensi berita Korea Utara, KCNA pada Sabtu memberitahu bahawa Jong-un menghadiri satu majlis di sebuah kilang baja di utara Pyonguang.

Dilaporkan, ia merupakan kemunculan pertama beliau di khalayak ramai sejak 11 April lalu.



Gambar yang dikeluarkan oleh media Korea Utara. Foto Yonhap News

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan KCNA.

KCNA melaporkan Jong-un terlibat dalam acara memotong riben pada majlis yang berlaku Jumaat.

Spekulasi mengenai kematian Jong-un timbul selepas beliau tidak menghadiri sambutan hari ulang tahun datuknya, Kim II Sung pada 15 April. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kim Jong-un, Kim Yo Jong, Korea Utara,

Artikel Lain