suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: PM Jepun beri ‘signal’ lanjutkan tempoh darurat... mungkin untuk sebulan lagi

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Foto: Reuters

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi peringatan kepada rakyat negara itu untuk bersiap sedia dengan pelanjutan tempoh darurat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tempoh darurat di seluruh negara bakal berakhir pada 6 Mei ini, dan kerajaan merancang untuk melanjutkannya untuk tempoh sebulan lagi, kata sumber kepada Reuters.

Bagaimanapun kerajaan negara matahari terbit itu secara rasmi akan membuat keputusan muktamad seawal Isnin ini, selepas mengadakan pertemuan dengan pakar yang berkaitan.

Pakar-pakar itu akan mengusulkan bahawa beberapa langkah kawalan berkemungkinan perlu dilaksanakan selama lebih dari setahun memandangkan jumlah kes tidak menunjukkan penurunan.

Pada 16 April, Jepun mengisytiharkan darurat di seluruh negara dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Jepun merekodkan lebih daripada 14,000 kes positif Covid-19 dengan angka kematian sebanyak 436 kes, menurut NHK. - Straitstimes.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jepun, darurat, Covid-19

Artikel Lain