suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dedah skandal seks Clinton, Monica Lewinsky meninggal dunia kerana kanser pankreas

Linda mengetahui rakannya, Monica Lewinsky menjalin hubungan dengan Clinton dan merakam perbualan mereka secara rahsia. Foto: Getty Image

SEORANG penjawat awam Amerika yang mendedahkan skandal di antara mantan presiden, Bill Clinton dengan seorang pelatih di White House, meninggal dunia pada Rabu.

Linda Tripp meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat kanser pankreas, demikian kenyataan keluarganya kepada media tempatan.

Linda membuat pendedahan rakaman perbualan antara dirinya dengan Monica Lewinsky, yang menjadi titik tolak percubaan untuk menjatuhkan Presiden AS itu pada 1998.

Difahamkan, Linda yang pada ketika itu bertugas di Pentagon, bersahabat baik dengan Monica sungguhpun perbezaaun umur mereka adalah 24 tahun.

Dia mengetahui Monica menjalin hubungan seks dengan Clinton dan kemudian secara sembunyi merakam perbualannya dengan wanita itu.

Linda kemudian menyerahkan pita rakaman itu kepada Kenneth Starr, pendakwa raya khas yang mengetuai penyiasatan ke atas pentadbiran Clinton.

Skandal seks tersebut menjadi antara sebab utama pemecatan Clinton sebagai Presiden AS. - BBC.Com

Artikel Lain