Jururawat positif Covid-19 dihalau pemilik rumah

Dia kini tinggal di sebuah hotel yang kini diubah sebagai pusat perubatan. (Gambar Hiasan)

SUDAH jatuh ditimpa tangga.

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib seorang jururawat apabila dia diusir dari rumah sewa oleh pemiliknya.

Tindakan kejam itu berlaku kerana Clara Serrano, 31, disahkan menghidap Covid-19.

Lebih malang, dia baru sahaja berpindah dari bandar Quintanar del Rey, Cuenca, Sepanyol untuk bekerja di sebuah hospital di Madrid pada bulan lalu.

"Saya tiba di Madrid pada 11 Mac dan mula bekerja 12 Mac.

"Saya mula ada simptom pada 19 Mac dan diuji positif pada 23 Mac," ujarnya.

Kata Serrano, pada hari itu juga dia dihalau oleh pemilik rumah.

Keputusan itu turut dibuat atas permintaan rakan serumahnya yang lain biarpun dia hanya mengasingkan diri di dalam bilik.

"Saya takut. Saya cuba terangkan tetapi mereka suruh saya beredar segera," ujarnya.

Dia kini tinggal di sebuah hotel yang diubah sebagai pusat perubatan di Madrid. - Daily Star.

jururawat, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain