suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dijangkiti Covid-19 semasa lawatan ke Pakistan, ibu kembar empat meninggal dunia

Shabnum meninggalkan lima orang anak termasuk kembar empatnya yang kini berusia 13 tahun.

SEORANG ibu kepada lima orang anak yang juga ahli majlis disegani meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 semasa lawatan ke Pakistan.

Shabnum Sadiq yang berkhidmat di Majlis Slough Borough, England menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 April lalu selepas bergelut dengan komplikasi jangkitan berbahaya itu.

Dia meninggalkan suami dan lima anak termasuk kembar empatnya yang kini berusia 13 tahun.

Ketua Majlis James Swindlehurst berkata:"Berita ini amat mengejutkan kita semua dan doa kami untuk keluarga dan rakannya."

"Shabnum merupakan ahli majlis yang berdedikasi walaupun hanya berkhidmat pada tahun pertamanya. Dia juga melakukan banyak sumbangan kepada majlis ini.

"Kami bekerjasama rapat dan secara peribadi saya amat merinduinya. Ini adalah kehilangan besar untuk kami begitu juga keluarga dan rakan-rakannya.

"Semoga dia bersemadi dengan tenang dan keluarganya bersabar atas pemergian wanita hebat ini," kata Swindlehurst. - Metro.co.uk

Artikel Lain