suria

Empat hari di ICU, pakar geriatrik jadi doktor ke-13 di UK meninggal dunia kerana Covid-19

Dr Anton meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana Covid-19, selepas empat hari bertarung nyawa di ICU. Foto: Geograph.co.uk/PA

SEORANG pakar geriatrik yang disahkan positif Covid-19, meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas empat hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU).

Dr Anton Sebastianpillai, 75, yang telah lama berkhidmat di Hospital Kingston, London, dimasukkan ke ICU sejak 31 Mac.

Dia dipercayai menjadi pegawai perubatan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang ke-13 meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19.

Pakar dalam bidang pesakit warga emas itu yang mempunyai kelayakan dari Sekolah Perubatan Peradeniya di Sri Lanka, kali terakhir bekerja pada 20 Mac.

Seorang jurucakap Yayasan Amanah Kingston Hospital berkata: "Dengan rasa dukiacita yang mendalam, saya mengesahkan kematian seorang ahli perunding geriatrik yang merupakan sebahagian daripada pasukan di Hospital Kingston.

"Dr Anton Sebastianpillai meninggal dunia pada hari Sabtu dan telah dirawat di ICU hospital sejak 31 Mac.

"Kami ingin menzahirkan ucapan takziah  kepada keluarganya".

Dalam notis obituari Sekolah Perubatan Peradeniya, Dr Sebastianpillai dirujuk sebagai 'alumni terkenal', yang telah mencipta sejarah di Sri Lanka. - Metro.co.uk

pakar geriatrik, UK, Covid-19

Artikel Lain