Kawal penularan Covid-19, PM Jepun akan isytihar perintah darurat

Sehingga Ahad, Jepun mencatatkan 4,563 kes Covid-19, 104 kematian. Foto: AP.

PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk mengisytiharkan darurat di negara itu pada Rabu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Agensi berita Sputnik yang memetik agensi berita Kyodo pada Isnin melaporkan, seorang pegawai kerajaan berkata, perisytiharan darurat membolehkan pihak berkuasa tempatan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah, menyertai majlis awam serta mematuhi garis panduan penjagaan kesihatan diri.

Bagaimanapun, mereka yang gagal mematuhi peraturan dan cadangan berkenaan tidak akan didenda.

Menurut agensi berita itu, perintah darurat itu akan memberikan kesan ke atas bandar raya besar seperti Tokyo dan Osaka.

Abe dijangka berucap pada Selasa dan perintah darurat itu dikuatkuasakan pada Rabu, menurut sumber kerajaan.

Perdana Menteri Jepun itu juga akan memperincikan wilayah mana yang akan menjadi sasaran darurat dan tempoh perlaksanaan perintah berkenaan.

Sehingga Ahad, Jepun mencatatkan 4,563 kes Covid-19, 104 kematian. Di Tokyo sahaja, 143 kes jangkitan baharu dicatatkan, menjadikan sejumlah 1,033 kes direkodkan di kota raya itu. - BERNAMA.

Jepun, darurat, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain