suria

Covid-19: Jerman, Sepanyol dan Itali kekal negara Eropah paling teruk terjejas

Jerman kekal negara Eropah paling teruk terjejas selepas Sepanyol dan Itali. Foto: REUTERS/Axel Schmidt.

JUMLAH positif COVID-19 di Jerman melonjak sebanyak 3,677 menjadikan angka keseluruhan 95,391 kes manakala korban bertambah seramai 92 lagi kepada 1,434 dalam tempoh 24 jam, lapor agensi berita Sputnik.

Data terkini Institut Robert Koch mendedahkan kebanyakan kes direkodkan di Bavaria (24,974), North Rhine-Westphalia (19,384) dan Baden-Wurttemberg (19,395). Berlin pula sebanyak 3,670 kes.

Jerman kekal negara Eropah paling teruk terjejas selepas Sepanyol dan Itali. Lebih 620,000 kes dilaporkan di seluruh Eropah.

Di seluruh dunia, jumlah mereka dijangkiti wabak sebanyak 1,274,923, menurut Johns Hopkins University.

Daripada jumlah itu, hampir 70,000 meninggal dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. - BERNAMA.

Jerman, Covid-19

Artikel Lain