suria

Pakar bedah guna TikTok untuk tegaskan kenapa tak perlu pakai sarung tangan ke pasar raya

Pakar bedah ini menggunakan platform TikTok untuk memberi lebih kefahaman tentang Covid-19 kepada masyarakat. -TikTok/Getty

SEORANG doktor memberi penjelasan mengapa orang ramai tidak perlu memakai sarung tangan di pasar raya semata-mata untuk mengelak daripada kuman Covid-19.

Orang ramai di United Kingdom, malah seluruh negara telah mula memakai topeng dan sarung tangan di tempat awam berikutan wabak tersebut.

Tetapi Dr Karan Rangarajan, yang bekerja sebagai pakar bedah untuk National Health Service (NHS), menjelaskan mengapa memakai sarung tangan  boleh membuatkan anda lebih berisiko berbanding amalan kerap membasuh tangan.

"Anda pakai sarung tangan, anda di pasar raya, anda sentuh banyak benda dan hasilnya... banyak kuman," katanya dalam satu video TikTok. 

"Anda terus menyentuh lebih banyak benda pada hari yang sama dengan sarung tangan yang sama, kuman kini berada di mana-mana. Anda mengumpul kuman.

"Sarung tangan anda kini lebih penuh dengan kuman berbanding tangan anda jika ia dibasuh setiap kali.

"Ingat, dengan sarung tangan yang sama ini, anda akan menyentuh stereng, mungkin tak sengaja menyentuh muka sekali gus memindahkan kuman itu kepada diri sendiri.

"Dan kemudian apabila anda menukar atau membuka sarung tangan itu, anda sebenarnya mungkin akan tersentuh sarung tangan itu sendiri.

"Jadi hanya cuci tangan anda, jadilah lebih bijak, kekal selamat," katanya. -Metro UK

@dr.karanr

Spread knowledge not the virus! ##staysafe ##socialdistancing ##quarantine ##ppe ##doctorsoftiktok ##edutokhealth ##gloves

♬ original sound - dr.karanr

Artikel Lain