suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Syarikat bra ubah haluan, kini jadi pengeluar topeng wajah... bantu atasi masalah kurang stok

Idea tercetus apabila salah seorang kakitangan syarikat menyedari material pembuatan bra hampir sama dengan material yang digunakan dalam topeng wajah.

TOPENG wajah menerima permintaan luar biasa di seluruh dunia ekoran penularan wabak Covid-19.

Malah, kekurangan stok produk itu turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

Demi mengekang masalah itu, sebuah syarikat pakaian dalam mengubah haluan produksi mereka dan kini menjadi pengeluar topeng wajah.

Usaha syarikat Atsumi Fashion Co. itu tercetus apabila kawasan di Himi, Jepun dilaporkan mengalami kekurangan topeng wajah, dengan 600 keping stok terakhir sahaja sejak Covid-19 menyerang negara itu.

Keutamaan syarikat itu tentunya membekalkan topeng wajah kepada mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, institusi pendidikan serta mereka yang memerlukan.

Usaha itu turut tercetus apabila salah seorang kakitangan syarikat menyedari material pembuatan bra hampir sama dengan material yang digunakan dalam topeng wajah.

"Kami harap dapat memberi sumbangan kepada masyarakat apabila berlakunya kekurangan stok topeng wajah," ujar Hiroshi Hinata, pengurus jualan syarikat itu. - Daily Star.

bra, topeng wajah, Covid-19

Artikel Lain