suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik terkejut kelab tarian bogel sepi tanpa pelanggan akibat Covid-19

Kelab itu akhirnya membuat penutupan sementara gara-gara ketiadaan pelanggan.

PENULARAN wabak Covid-19 ternyata memberi kesan kepada masyarakat.

Selain tidak dapat bekerja seperti biasa, banyak perniagaan juga terpaksa ditutup sementara.

Di Illinois, Amerika Syarikat (AS), seorang pemilik kelab tarian bogel tetap meneruskan operasi biarpun negara itu sedang dilanda wabak Covid-19.

Namun kata pemilik kelab itu, dia membuat langkah pencegahan seperti jarak sosial antara pelanggan dan menyediakan cecair pembasmi kuman buat mereka.

Bagaimanapun, usaha lelaki itu gagal menarik pelanggan yang mana kelab itu kosong tanpa kehadiran orang ramai sejak penularan wabak berkenaan.

"Kami beroperasi sepanjang wabak Covid-19. Kami lakukan semua langkah pencegahan.

"Tapi hampir tiada pelanggan yang muncul," ujar pemilik kelab itu.

Di Illinois sahaja dilaporkan terdapat 134 kes baharu, menjadikan keseluruhan 422 kes jangkitan Covid-19.

Akhirnya, pemilik kelab itu akur dan membuat keputusan untuk menutup seketika operasi bagi membasmi wabak berkenaan. - Daily Star.

kelab bogel, Covid-19

Artikel Lain