suria

Penghidap kanser meninggal dunia akibat Covid-19 selepas kunjungi Disney World

Jeff merupakan bekas pesakit kanser dan pernah menghidapi asma sewaktu kecil. Foto: CBS Miami.

SEORANG lelaki berusia 34 tahun maut akibat wabak koronavirus selepas mengunjungi Taman Tema Disney World beberapa minggu lalu.

Menurut ahli keluarganya, Jeffrey Gazarian yang berasal dari California pernah menghidapi kanser.

Dia juga turut mengalami asma ketika kecil.

Gazarian menjadi mangsa termuda yang maut akibat Covid-19 di Amerika Syarikat.

Disney dalam sebuah kenyataan melahirkan rasa simpati kepada mangsa dan memberitahu mereka sedang mengambil langkah berjaga-jaga dengan pihak kesihatan, menurut laporan CBS Miami.

Dilaporkan sebanyak 1,000 kes positif Covid-19 di Amerika Syarikat dengan 19 kematian direkodkan sehingga Jumaat.

Pada Khamis, sebanyak 13,000 laporan kes melibatkan warga Amerika Syarikat yang masih belum mendapat keputusan sama ada positif atau tidak.

Pihak kerajaan telah memberi amaran kepada penduduk tempatan untuk tinggal di rumah manakala bagi mereka yang berada di luar negara tidak dibenarkan pulang buat sementara waktu. - Mirror.

Disney, Covid-19

Artikel Lain