suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja maut terkena tembakan sepupu, senjata disimpan sebagai ‘perlindungan’ Covid-19

Anthony Padilla didakwa kerana membunuh. Foto BERNALILLO COUNTY DETENTION CENTER

SEORANG remaja Amerika Syarikat (AS) maut selepas terkena tembakan sepupunya, suspek bagaimanapun memberitahu polis bahawa senjata itu digunakan untuk melindungi dirinya daripada jangkitan Covid-19.

Menurut laporan, dia didakwa menembak mati seorang remaja berusia 13 tahun di lbuquerque, New Mexico.

Dalam kejadian pada Khamis, Anthony Padilla, 19, didakwa menembak sepupunya, Patricio Arroyo. 

Dia dilaporkan memberitahu Jabatan Polis Albuquerque mengenai dirinya memiliki senjata api dan melepaskan tembakan.

Dia bagaimanapun mendakwa tidak menyangka senjata itu mempunyai peluru ketika kejadian.

Menerusi keterangan mahkamah, sebagaimana yang dilaporkan Albuquerque Journal, Padilla memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menggunakan senjata itu bagi melindungi dirinya daripada wabak Covid-19.

Sepupu suspek disahkan meninggal dunia di hospital.

Menurut Journal, Padilla dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan membunuh sehingga mengakibatkan kematian sepupunya. - Daily Star

bunuh, Covid-19

Artikel Lain