suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

WHO isytihar Eropah kini pusat penyebaran Covid-19

Keadaan di sekitar Plaza Duomo di Milan, Itali kelihatan lengang.

EROPAH kini menjadi pusat penularan wabak Covid-19, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu.

"Eropah kini mempunyai lebih banyak kes Covid-19 yang dilaporkan setiap hari berbanding di China," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Lebih 132,500 kes dilaporkan di 132 negara dan wilayah, dengan lebih 5,000 kematian. 

Beliau berkata penyakit itu boleh berlaku di mana-mana negara dan ia adalah "musuh biasa."

Semua negara perlu "mengesan, melindungi dan merawat" untuk memusnahkan rantai penularan, katanya. - BERNAMA

Eropah, Covid-19, pusat penyebaran

Artikel Lain