suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Iran hilang kawalan sewaktu mendarat, terbabas hingga masuk ke kawasan jalan raya

Kejadian melibatkan pesawat yang membawa 135 penumpang itu berlaku di bandar Mahshahr, Iran.

SEBUAH pesawat penumpang dari Iran hilang kawalan sewaktu mendarat sebelum terbabas ke atas jalan raya.

Kejadian melibatkan pesawat yang membawa 135 penumpang itu berlaku di bandar Mahshahr, Iran pada Isnin.

Sewaktu kejadian, penumpang dilihat membantu antara satu sama lain untuk keluar dari pesawat berkenaan menerusi pintu kecemasan.

Pasukan penyelamat dan bomba turut hadir ke lokasi itu sejurus kejadian berlaku.

Kesemua penumpang berjaya dibawa keluar dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pesawat Caspian Airlines itu bertolak dari Tehran ke Lapangan Terbang Mahshahr sebelum terbabas ke atas lebuh raya e-Ahwaz.

Punca kejadian masih lagi disiasat.

Kali terakhir syarikat penerbangan itu mengalami kemalangan besar pada tahun 2009 yang mana 153 penumpang dan 15 krew meninggal dunia selepas terhempas di bandar Qazvin. - CNN.

pesawat, terbabas, Iran, Caspian Airlines

Artikel Lain