Pengunjung panik, koronavirus kini menular di sebuah hotel mewah pilihan Taylor Swift - Dunia | mStar

Pengunjung panik, koronavirus kini menular di sebuah hotel mewah pilihan Taylor Swift

Hotel mewah ini dipenuhi pasukan paramedik selepas seorang lelaki dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan susulan.

SEBUAH hotel mewah yang menjadi kegemaran penyanyi Taylor Swift dikhuatiri menjadi kawasan terbaharu penularan wabak koronavirus selepas seorang pengunjungnya dikejarkan ke hospital.

Pasukan paramedik yang memakai sut khas hazmat dan bertopeng dilihat tiba di Peppers Broadbeach, Broadbeach dekat Gold Coast, Australia gara-gara seorang lelaki yang tiba dari China baru-baru ini jatuh sakit.

Hotel mewah itu dipenuhi pasukan paramedik pada tengah hari Selasa dan seorang lelaki dibawa menaiki ambulans ke Hospital Universiti Gold Coast untuk pemeriksaan lanjut.

Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya menunjukkan simptom sama dengan mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan virus itu.

Difahamkan lelaki itu baru sahaja melancong ke China sebelum pulang semula ke Gold Coast.

Polis turut berada di hotel tersebut untuk mengawal keadaan.

Hotel bertaraf 4.5 bintang itu sering dikunjungi Taylor dan bekas teman lelakinya, Tom Hiddleston pada 2016.

Virus koronavirus yang sudah meragut 82 nyawa itu dipercayai berasal dari daging haiwan liar yang dijual di sebuah pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China. - Mirror.co.uk

hotel mewah , Taylor Swift , koronavirus

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain