Jijik! Wanita bengang burger yang dipesan ada kesan gigitan

Seorang pekerja di rumah penjagaan terkejut apabila mendapati burger yang dipesan mempunyai dua kesan gigitan yang besar. Foto: MEN Media

JIJIK! Itulah yang dapat digambarkan apabila seorang pelanggan mendapat burger yang sudah dijamah separuh, selepas membuat pesanan menerusi satu aplikasi penghantaran makanan.

Amma Mensah, yang merupakan pekerja di sebuah rumah penjagaan membuat pesanan dari sebuah restoran makanan segera menerusi aplikasi tersebut ketika sedang bekerja shif malam.

Namun menurutnya, ketika mendapat pesanan dan membuka bungkusan, dia terkejut apabila mendapati burger yang dipesan mempunyai dua kesan gigitan yang besar.

Bagaimanapun, pesanan rakan-rakannya pula berada dalam keadaan yang sempurna.

"Saya tidak percaya melihatnya. Adalah menjijikkan bahawa seseorang telah menggigit makanan anda.

"Kami lapar semasa shif malam dan ingin memesan makanan, jadi saya katakan kita harus menggunakan aplikasi penghantaran makanan. Saya telah menggunakannya banyak kali sebelum ini tanpa masalah," katanya.

Amma berkata dia melemparkan burger itu tanpa memakannya.

Ujarnya, syarikat penghantaran makanan tersebut kemudian mengembalikan semula wang kepadanya susulan insiden berkenaan. - Dailystar

Artikel Lain