suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa yakin mampu bangkitkan kembali anak yang sudah mati dengan doa

Ibu bapa kepada Olive dan komuniti Gereja Bethel di Redding, California, tidak henti-henti berdoa dalam usaha untuk membangkitkan kembali bayi tersebut yang meninggal dunia pada Jumaat lalu. Foto: GoFundMe

SEPASANG suami isteri yang baru sahaja 'kehilangan' anak pada minggu lalu yakin mereka dapat membangkitkan semula bayi berusia dua tahun itu dengan doa.

Anak perempuan Andrew dan Kalley Heiligenthal, iaitu Olive berhenti bernafas pada Jumaat lalu, dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pasangan Heilgenthals dan komuniti Gereja Bethel di Redding, California, tidak henti-henti berdoa dalam usaha untuk membangkitkan kembali bayi tersebut.

Kalley menulis mengenai kematian anaknya itu pada halaman GoFundMe yang ditubuhkan untuk membantu anaknya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh gereja, ia  mengatakan bahawa pasangan Heilgenthals meminta 'teman, keluarga, dan lain-lain dari gereja berkumpul untuk berdoa untuk keajaiban kebangkitan'.

Keluarga Olive juga menggunakan hashtag #wakeupolive di laman Instagram sebagai usaha untuk menyebarkan perkara tersebut.

Jurucakap Gereja, Aaron Tesauro yang menyokong usaha keluarga itu juga bagaimanapun mengakui percubaan untuk membangkitkan Olive secara saintifiknya tidak mungkin berhasil. - Metro.co.uk

berdoa, gereja, Olive, wakeupolive, Intagram

Artikel Lain