suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki berak atas lantai pasar raya, guna tisu tandas tanpa bayar

Aksi tidak senonoh pemuda itu mengundang kemarahan netizen.

SEORANG lelaki dirakam berak di atas lantai sebuah pasar raya sebelum membuka bungkusan tisu tandas untuk membersihkan dirinya.

Insiden itu dilaporkan berlaku dekat sebuah pasar raya di San Francisco kira-kira pukul 7.45 pagi Ahad lalu.

Perbuatan lelaki itu dirakam seorang pengunjung dikenali sebagai Mike yang kemudian bertindak memuatnaik gambar tersebut di media sosial.

Insiden itu berlaku berhampiran sebuah rak menempatkan produk pembersihan walaupun pasar raya itu menyediakan tandas untuk kemudahan pelanggannya.

Mike berkata individu itu meninggalkan pasar raya itu tanpa membayar tisu tandas yang digunakan sebelum pergi ke kedai kopi berdekatan.

"Amat menjijikkan. Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini," kata seorang netizen.

San Francisco berdepan dengan krisis gelandangan dengan kira-kira 8,100 dilaporkan tidur di jalanan.

Banyak laporan diterima daripada orang ramai dengan 25,000 najis ditemui di atas jalan di sekitar San Francisco sepanjang tahun ini. - Metro.co.uk

berak, lantai, pasar raya