suria

30 peratus badan lecur terkena sup panas, ibu bapa mangsa terkilan tadika cuba sembunyi insiden

Karina dipercayai berlari ke kantin sebelum berlanggar dengan seorang wanita yang membawa periuk berisi sup panas.

SEORANG kanak-kanak perempuan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius akibat terkena tumpahan sup panas semasa berada di sebuah tadika.

Karina Iskalieva, 6, melecur kira-kira 30 peratus di badannya dalam kejadian di bandar Aktau dekat timur Kazakhstan.

Insiden itu dirakam kamera litar tertutup di tadika tersebut dan dikongsi di atas talian oleh media tempatan.

Rakaman menunjukkan Karina berlari ke kantin sebelum melanggar seorang wanita yang membawa periuk berisi sup panas.

Pelanggaran itu menyebabkan sup tersebut tertumpah ke atas badan kanak-kanak tersebut.

Karina terpaksa dirawat di sebuah hospital selama beberapa bulan.

Namun wanita itu dilihat menarik mangsa ke satu lokasi lain dengan niat untuk mengelak insiden tersebut dirakam kamera.

Ibu kepada Karina, Sania Iskalieva terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pekerja di tadika tersebut.

"Kakitangan tadika tidak menghubungi ambulans dan cuba menyembunyikan insiden itu.

"Mereka menanggalkan pakaian Karina dengan kulit terbakar melekat di atasnya.

"Apabila saya dan suami sampai di tadika itu, kami melihat Karina dalam keadaan bogel, menggigil kesejukan dan menangis kesakitan," katanya.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital oleh ibu bapanya dan disahkan melecur 30 peratus di badan termasuk muka, leher, bahu dan kakinya. - Mirror.co.uk

melecur, sup panas, tadika

Artikel Lain