suria

Bayi baru lahir dibuang dalam tong sampah sedalam 10 kaki

Bayi lelaki itu berjaya dikeluarkan dari tong sampah tersebut.

SEORANG wanita ditahan selepas bayi masih bertali pusat ditemui dibuang di dalam sebuah tong sampah.

Bayi lelaki berusia antara enam hingga 10 hari itu dibawa ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil. 

Polis berkata suspek berusia 24 tahun dipercayai ibu kepada bayi lelaki malang itu.

Dia ditahan kerana cuba membunuh bayinya yang baru dilahirkan.

Datuk Bandar Kalamata di Greece, Thanassis Vassilopoulos, memberitahu stesen TV ERT bahawa tong sampah itu mempunyai ketinggian sedalam 10 kaki.

Namun bayi itu bernasib baik kerana lori sampah menangguhkan perjalanan untuk mengambil tong sampah tersebut.

Bayi itu ditemui seorang wanita yang terdengar tangisan bayi di dalam tong sampah tersebut lalu bertindak menghubungi polis.

Malah wanita itu turut melompat ke dalam tong sampah tersebut untuk mencari bayi malang itu. - Metro.co.uk

tong sampah, buang bayi

Artikel Lain