suria

Kucing teruskan hidup dengan kaki bionik selepas hampir mati dilanggar kereta

Vito menjadi kucing popular selepas terlibat dalam satu kejadian kemalangan. FOTO: vituzzosuperstar/Instagram.

SEGALA yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Begitu juga dengan apa yang berlaku ke atas kucing berusia enam tahun ini.

Digelar Vito, ia hampir mati selepas dilanggar kereta sewaktu pemiliknya sedang berbulan madu, suatu ketika dahulu.

Akibat kejadian itu, ia kehilangan kedua-dua kaki belakangnya.

Meneruskan hidup dengan kaki bionik, Vito mencipta populariti apabila kisahnya menjadi tular.

Menetap di Milan, semua kisah tular Vito disertakan dengan tanda pagar #vituzzosuperstar.

Malah, dia turut popular di laman Instagram.

Setahun selepas kemalangan, Vito kini bebas berjalan di kawasan kejiranannya dengan bantuan kaki bionik tersebut.

Pemilik Vito, Silvia Gottardi merupakan bekas pemain bola keranjang dan membela kucing itu bersama isterinya, Linda Ronzoni.

"Kami berada jauh sewaktu kemalangan itu berlaku. Ia sangat teruk.

"Kami bertuah ada orang yang sudi jaga ia pada waktu itu," ujar pasangan berkenaan. - Daily Star.

Vito, kucing, kaki bionik

Artikel Lain