suria

Pengantin terkandas kereta rosak dalam perjalanan ke majlis kahwin, polis bantu iring ke resepsi

Pengantin, Jenna Bassam terkandas gara-gara kereta antiknya rosak dalam perjalanan ke majlis perkahwinan. Foto SWNS.com

SEORANG pengantin perempuan terkandas apabila kereta antik yang dinaikinya rosak dalam perjalanan ke majlis perkahwinan.

Pengantin berkenaan, Jenna Bassam, 27, menerima kejutan berupa perjalanan menggunakan kereta antik Jaguar tetapi ia mengalami masalah sehingga tersadai di tepi jalan.

Kejutan hadiah yang diaturkan oleh keluargannya itu terpaksa dibiarkan di tepi jalan di Bedfordshire, United Kingdom pada Sabtu.

Bagaimanapun Jenna bernasib baik kerana kereta peronda polis menyedari masalahnya dan tampil memberikan bantuan.

Anggota polis menunggu sehingga keretanya dibaiki, manakala ibu Jenna membawanya ke venue majlis perkahwinan sambil dinantikan bakal suaminya, Craig.

Selesai upacara itu, pasangan pengantin baharu berkenaan disambut oleh anggota polis yang menjadi pengiring mereka sehingga ke majlis resepsi di Cranfield, Beds.

"Kami lihat lampu biru berkelip dan anggota polis beritahu mereka menunggu untuk menyelamatkan dan mengiring kami ke majlis resepsi," katanya.

Bassam berkata, kejadian yang tidak dijangka menjadikan ia sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

"Ia sungguh indah dan hari yang harus dikenang," katanya. - Mirror

polis, pengantin, kahwin

Artikel Lain