Doktor haiwan dirogol, mayat dibakar sekumpulan lelaki yang pura-pura mahu bantu tukar tayar - Dunia | mStar

Doktor haiwan dirogol, mayat dibakar sekumpulan lelaki yang pura-pura mahu bantu tukar tayar

Mayat Dr Potula Priyanka Reddy ditemui dalam keadaan rentung, disyaki dirogol sebelum dibunuh dan dibakar.

KEJAM! Mayat seorang doktor veterinar berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan rentung, disyaki dirogol sebelum dibunuh dan dibakar.

Mayat Dr Potula Priyanka Reddy dilaporkan ditemui di Shadnagar di pinggir bandar pada pagi Khamis.

Dr Potula, yang pulang dari hospital, dilaporkan hilang pada hari Rabu, dan beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui berhampiran sebuah saluran air di Lebuhraya Nasional Hyderabad-Bengaluru.

Menurut pihak polis, mayat wanita berkenaan ditemui seorang penjual susu pada jam 6 pagi semalam (waktu tempatan) yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Hasil siasatan awal, polis mendapati doktor berkenaan dalam perjalanan pulang dari hospital, yang sedang menuju ke plaza tol di Tondupally untuk mendapatkan skuternya, yang telah diletakkan di sana sebelum pergi ke hospital di Gachibowli.

Dr Potula dikatakan sempat memberitahu adik perempuannya, P Bhavya Reddy bahawa tayar skuternya pancit dan beberapa orang asing cuba membantunya.

Dia juga menggesa adiknya untuk terus bercakap dengannya melalui telefon, kerana dia takut kepada orang-orang yang menawarkan bantuan tersebut.

Beberapa minit kemudian, telefonnya dimatikan, memaksa keluarganya melaporkan kepada polis.

Susulan penemuan mayat doktor tersebut, empat lelaki  kini ditahan termasuk seorang pemandu lori dikenali sebagai Mohammed Pasha.

“Identiti kesemua suspek telah dikenal pasti selepas pihak berkuasa meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lokasi kejadian.

“Kita masih menjalankan siasatan mengenai motif pembunuhan ini," kata Polis Cyberabad, VC Sajjanar.

Sementara itu, ibu mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan mendesak pihak berkuasa segera menangkap pembunuh anaknya dan membakar mereka hidup-hidup.

Pakaian, kasut dan botol minuman milik Priyanka ditemui berhampiran laluan bertol tempat mangsa meletak motosikalnya.

Identiti wanita malang itu hanya berjaya dikenal pasti keluarga melalui loket yang dipakai. - New Indian Express

doktor haiwan , bakar , rogol , bunuh , tayar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain