Ibu muda mati ditembak tunang sendiri gara-gara beri lebih perhatian kepada anak - Dunia | mStar

Ibu muda mati ditembak tunang sendiri gara-gara beri lebih perhatian kepada anak

Maria Eduarda Lima dilaporkan ditembak di kepala dan tangan oleh pasangannya, Patrick Azevedo Silva (kanan) yang cemburu ekoran dia memberikan lebih perhatian kepada anak mereka. Foto: FocusOn News

KEJAM! Seorang ibu muda berusia 17 tahun maut ditembak tunang sendiri, gara-gara cemburu kerana dia memberikan lebih perhatian kepada anak lelaki mereka, kata polis Brazil.

Maria Eduarda Lima dilaporkan ditembak di kepala dan tangan oleh pasangannya, Patrick Azevedo Silva, 22, ketika anaknya sedang duduk di pangkuan.

Silva melakukan serangan itu pada pagi Selasa lalu di rumah mereka sebelum melarikan diri namun berjaya ditangkap pada hari yang sama.

Bapa saudara mangsa, Lucas Rodrigues berkata: “Pada malam Isnin sebelum serangan tersebut, Maria telah menghantar mesej kepada ibunya yang mendakwa Patrick bersenjata dan mengancam membunuhnya”.

Mereka kemudian bergegas ke rumahnya dan menjumpai mangsa dalam keadaan cedera manakala anaknya menangis di sampingnya.

Maria kemudian dibawa ke Hospital Negeri Alberto Torres untuk rawatan namun doktor memaklumkan peluru tertanam di bahagian yang sukar.

Mereka memutuskan untuk menangguhkan pembedahan dengan harapan keadaan wanita muda itu akan bertambah baik.

Bagaimanapun, ibu muda itu disahkan meninggal dunia sehari selepas insiden tersebut.

Keluarganya memutuskan untuk mendermakan organnya sebelum dikebumikan.

Anak pasangan itu yang berusia setahun dipelihara oleh datuk dan neneknya. - Mirror.co.uk

tembak , ibu muda , cemburu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain