suria

Anak perempuan 'Crocodile Hunter' Steve Irwin bertunang, dedah hasrat untuk majlis kahwin kelak

Bindi merupakan anak perempuan kepada mendiang Steve Irwin. FOTO: Do You Remember.

ANAK perempuan kepada aktivis haiwan dan personaliti televisyen Crododile Hunter, Steve Irwin selamat bertunang baru-baru ini.

anak gadisnya, Bindi Irwin, 21, mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka bernama Powell, yang berusia 22 tahun.

Dalam pada itu, Bindi turut meluahkan hasrat yang mahu dilaksanakan pada hari perkahwinannya kelak.

Kata Bindi, dia mahu adiknya iaitu Robert mengiringi sewaktu acara berjalan masuk di majlis perkahwinan berkenaan.

"Saya sentiasa bersyukur ada Robert. Dia memainkan peranan penting dalam hidup saya.

"Dia akan iringi saya di hari perkahwinan. Saya rasa itu yang ayah mahu," katanya lagi.

Bapanya yang popular menerusi siri Crocodile Hunter meninggal dunia pada 2006 akibat disengat ikan pari.

Bindi dan Powell sudah bercinta selama enam tahun.

Tarikh perkahwinan bagaimanapun tidak didedahkan. - ABC NEWS.

Steve Irwin, Bindi Irwin, buaya, bertunang

Artikel Lain