Pengembara masa dari tahun 2030 akhirnya mengaku, segala dakwaan hanya palsu - Dunia | mStar

Pengembara masa dari tahun 2030 akhirnya mengaku, segala dakwaan hanya palsu

Noah akhirnya membuat pengakuan menerusi rakaman video baru-baru ini. FOTO: YOUTUBE/APEXTV.

SEORANG lelaki yang sebelum ini mengaku sebagai pengembara masa dari tahun 2030 akhirnya membuka mulut bahawa dia hanya menipu selama ini.

Hanya dikenali sebagai Noah, dia banyak membuat kisah-kisah tidak masuk akal sebelum ini.

Menerusi video terbaharu, dia akhirnya mengaku.

"Saya dah tak boleh bawa karakter bodoh ini lagi," ujarnya menerusi satu rakaman video.

Ujarnya, watak sebagai Noah pengembara dari masa hadapan sememangnya membuatkan dia dikenali ramai.

Namun, ia kini seolah-olah menguasai kehidupannya yang sebenar.

Kata Noah, dia juga pernah menerima ugutan bunuh sebelum ini.

Noah turut memohon maaf kepada semua orang termasuklah yang pernah percaya akan dakwaannya sebelum ini. - Daily Star.

Noah , pengembara masa , menipu , ramalan

Artikel Lain