suria

Percutian tragis! Bayi 19 bulan maut terlepas dukungan selepas datuk tergelincir

Lokasi bayi perempuan itu dipercayai terjatuh.

SEORANG bayi perempuan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah kapal pelayaran mewah.

Bayi berusia 19 bulan itu terjatuh dari ketinggian 150 kaki ke atas dok kapal Royal Caribbean di San Juan, Puerto Rico, petang Isnin.

Difahamkan datuk mangsa tergelincir semasa sedang mendukungnya menyebabkan dia terjatuh.

Media tempatan melaporkan polis sedang menyiasat punca kematian bayi tersebut.

Jurucakap Royal Caribbean berkata:"Kami amat bersedih dengan insiden tragis ini, dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

"Kami sedia membantu keluarga mangsa. Sila beri ruang kepada keluarga, kami enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini," katanya.

Kapal pelayaran mewah itu yang boleh menampung hampir 5,000 penumpang menamatkan pelayaran selama seminggu ke Antigua, St Lucia dan Barbados. - Metro.co.uk

Artikel Lain