suria

Dulu malu kini saintis neuro bangga miliki rambut beruban, "Saya lebih yakin"

Sara kini bangga dengan warna rambutnya.

SEORANG saintis neuro dan juga penulis terkejut apabila rambutnya mulai beruban pada usia 21 tahun.

Sara Eisenman yang kini berusia 43 tahun mula mewarnakan rambutnya dengan pelbagai warna setiap dua minggu sekali.

Wanita dari Arizona, Amerika Syarikat (AS) itu malu dengan keadaan rambutnya yang tidak kena dengan usianya yang masih muda ketika itu.

Namun sejak memiliki anak, Sara tidak lagi mewarnakan rambutnya dan dia berasa lebih yakin dengan diri sendiri.

Pada usia 37 tahun, selepas 15 tahun mewarnakan rambutnya di rumah, Sara meninggalkan tabiat itu dan mengekalkan warna asal rambutnya itu.

"Rambut saya hampir beruban sepenuhnya. Saya tengok cermin dan terlihat ia memenuhi kepala saya.

Sara Eisenman.

"Ia seolah-olah menunjukkan tanda-tanda penuaan ketika saya masih lagi muda remaja.

"Untuk menyembunyikan perkara itu, saya mewarnakan rambut saya setiap dua minggu sekali.

"Saya tak mampu untuk pergi ke salon jadi saya menggunakan pewarna murah dan melakukan sendiri proses tersebut," katanya.

Lebih menyedihkan, Sara berkata dia turut mewarnakan rambutnya beberapa jam sebelum dia melahirkan anak lelakinya.

"Saya mahu orang datang melihat anak saya juga melihat saya sebagai ibu muda yang cantik berambut hitam," katanya. - Metro.co.uk

saintis neuro, rambut beruban

Artikel Lain