Penduduk gempar air merah jambu dari paip - Dunia | mStar

Penduduk gempar air merah jambu dari paip

Air merah jambu keluar dari paip. Foto tangkapan skrin WSAZ

RATUSAN penduduk di Coal Grove, Ohio di Amerika Syarikat (AS) digemparkan dengan air berwarna merah jambu yang keluar dari paip mereka.

Dalam kejadian pada 3 Jun lalu, pihak berkuasa bagaimanapun memberi jaminan bahawa air tersebut selamat untuk diminum.

Pihak berkuasa turut memberitahu warna air itu boleh memberi kesan kepada pakaian yang dicuci.

Kekecohan dalam kalangan penduduk membuatkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf mengenai keadaan tersebut.

Ia menjelaskan bahawa warna air yang luar biasa itu berpunca daripada kerosakan pam di loji rawatan air, mengakibatkan terlalu banyak Natrium Permanganat dilepaskan ke dalam tangki saluran air.

Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa air tersebut selamat untuk diminum selepas sampel makmal menunjukkan tahap natrium permanganat berada di bawah garis panduan risiko kesihatan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA). - odditycentral

air , merah jambu , paip

Artikel Berkaitan

Artikel Lain