suria

Pemandu beri alasan kereta hilang kawalan lalu terbabas kerana diserang sotong kurita

Papan tanda sotong kurita dijadikan gurauan selepas insiden kemalangan. Foto Apex

SEORANG pemandu memberitahu polis bahawa kereta yang dipandunya hilang kawalan sehingga mengakibatkan kemalangan kerana diserang mahkluk laut secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 5 Februari lalu di Devon, England, Robber Shapley yang ditahan polis dalam keadaan khayal, selain merungut terdapat sotong kurita dan makhluk laut lain di jalan raya.

Bercakap kepada polis, Shapley berkata: "Berlaku keadaan tidak terkawal untuk seketika. Saya cuba melarikan diri daripada seekor sotong kurita dan keadaan cukup buruk di luar sana untuk mengelakkan daripada ikan bilis."

Polis memberitahu, tiada bukti menunjukkan sotong kurita berada di jalan raya.

Menerusi pendengaran di Mahkamah, Shapley sebenarnya di bawah pengaruh dadah, termasuk morfin, ganja dan heroin. - Daily Star


sotong kurita, dadah

Artikel Lain