suria

Isteri mati ditikam lebih 60 kali, lelaki tinggalkan nota sebelum bunuh diri bersama dua anak

Mayat Claudio dan Joaquin ditemui bersama mayat bapa mereka, Adelino Gabriel Figueira di Beachy Head, England. (foto rakaman semula) Daily Mail

SEORANG bapa memberikan dadah kepada dua anak lelakinya sehingga khayal selepas menikam ibu mangsa sehingga mati di atas katil.

Laura Cecilia Navarrete De Figueira, 47, ditemui dengan kesan tikaman di kediamannya di London pada kira-kira 6 petang 5 Mac 2018.

Mayat kedua-dua anak lelakinya, Claudio, 10, dan Joaquin, 7, ditemui di tebing tinggi di Beachy Head, England.

Mayat suami mangsa, Adelino Gabriel Figueira de Faria, 57, turut ditemui di lokasi kejadian.

Menurut pendengaran inkues di mahkamah, tidak dipastikan sama ada kedua-dua anak lelaki mangsa terjun, terjatuh dari terbing atau ditolak pada ketinggian lebih 200 kaki.

Laura turut didapati diberikan dadah sebelum mati ditikam.

Seorang saksi memberitahu, dia melihat seorang lelaki memegang tangan kedua-dua budak lelaki yang kelihatan tidak bermaya berhampiran lokasi kejadian.

Laura Cecilia ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman lebih 60 kali.

Selain itu, terdapat nota yang ditinggalkan di atas meja makan, mendedahkan penderitaan yang dialami suami mangsa sehingga tertekan. - Daily Mail Uk

Artikel Lain