suria

UFO di puncak Gunung Shasta, pakar kata ia bukti makhluk asing ada di bumi

Foto yang memaparkan objek bercahaya yang dikatakan sebagai UFO ini dirakam pada 17 April lalu.

LOKASI pergunungan di utara California menjadi perbincangan hangat apabila munculnya objek terbang tidak dikenali (UFO) di lokasi itu.

Menurut pakar UFO, foto itu menjadi bukti bahawa wujudnya makhluk asing di bumi.

Foto itu dirakam di puncak Gunung Shasta di Siskiyou, California pada 17 April lalu.

Menurut saksi, objek bercahaya yang bersaiz besar itu kelihatan seketika sebelum hilang dari pandangan.

Imej itu baru-baru ini dianalisis oleh Scott C Waring yang mendakwa dirinya pakar dalam bidang itu.

Waring juga merupakan pengendali laman web pangkalan data berkaitan makhluk asing.

"40 tahun lalu sewaktu masih kecil, saya dengar cerita mengenai Gunung Shasta.

"Foto itu menjadi bukti bahawa memang ada makhluk asing di bumi," kata Waring lagi. - Daily Star.

Scott C Waring, UFO

Artikel Lain