Paten rekaan pesawat pengintip bentuk segi tiga bocor di internet, apa kaitan dengan UFO? - Dunia | mStar

Paten rekaan pesawat pengintip bentuk segi tiga bocor di internet, apa kaitan dengan UFO?

Paten rekaan pesawat pengintip itu yang bocor di Internet.

REKAAN pesawat pengintip yang dibina dibawah 'projek hitam' mungkin diumumkan tidak lama lagi setelah paten ciptaan tersebut bocor di internet.

Digelar sebagai TR-3B, projek itu dikatakan antara teknologi yang sedang dibangunkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan itu dibuat oleh beberapa ahli teori konspirasi.

Pesawat pengintip supersonik itu memiliki bentuk segi tiga.

Malah, ramai yang percaya ia bukan sekadar paten rekaan, namun sememangnya wujud.

Informasi mengenai pesawat itu muncul selepas tersebarnya berita mengenai Tentera Laut AS yang kini sedang meneliti laporan pegawai mereka yang mendakwa melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam kawasan tentera.

Namun, segelintir pelayar internet menyifatkan penyebaran informasi itu sebagai satu rekaan semata-mata memandangkan tiada bukti sahih mengenainya sehingga kini. - Daily Star.

TR-3B , UFO , pesawat pengintip

Artikel Berkaitan

Artikel Lain