Murid perempuan dibuli rakan sekelas hanya kerana kasut sekolah - Dunia | mStar

Murid perempuan dibuli rakan sekelas hanya kerana kasut sekolah

Video Nabila dibuli rakan sekelasnya mendapat perhatian netizen.

SEBUAH rakaman video seorang murid perempuan miskin berusia 12 tahun dibuli hanya kerana kasut sekolahnya menjadi tular di media sosial pada Selasa.

Murid di sebuah sekolah di Cibodas, Jawa Barat dikenal pasti sebagai Nabila kelihatan sedih dan marah apabila dibuli rakan sekelasnya.

Rakaman berdurasi 30 saat itu hanya menunjukkan Nabila yang memakai pakaian seragam sekolah bersemuka dengan tiga rakan sekelasnya yang berkata kasut sekolahnya dibeli menggunakan duit ibu bapanya, sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain.

Nabila membidas kata-kata itu dengan bekerja dia bekerja keras sebagai pengutip sampah untuk mendapatkan wang bagi membeli kasut sekolahnya.

"Kedua-dua ibu bapa saya meninggalkan saya ketika saya masih kecil tidak seperti kamu," katanya sebak dalam bahasa Sunda.

Ketiga-tiga rakan sekelasnya dilihat tidak mengendahkan kata-kata Nabila dan terus membulinya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai meluahkan hasrat untuk membantu Nabila.

"Jika sesiapa mengetahui alamat kanak-kanak ini sila maklumkan kepada saya kerana saya dan rakan-rakan mahu membantunya," kata pelayar Twitter @bambangelf.

Seorang lagi pelayar Twitter, Ahmad Suhendar berkata dia sudah bertemu dengan Nabila dan berkunjung ke rumahnya yang didiami bersama datuk dan neneknya.

"Benar Nabila adalah anak yatim dan dia bekerja sebagai pencari barang terbuang untuk meneruskan kehidupan. Dia kini tinggal dengan datuk dan neneknya yang sudah uzur," katanya.

Ahmad kemudian mewujudkan dana menerusi platform kitabisa.com dan berjaya mengumpul sebanyak Rp55 juta (RM16,217) dalam tempoh 24 jam.

Guru Nabila yang enggan namanya didedahkan berkata insiden berlaku pada Sabtu lalu di luar waktu persekolahan.

Guru itu mendedahkan Nabila kecewa selepas rakan sekelasnya berhasrat untuk memijak kasut sekolahnya. - Jakarta Post

buli , kasut sekolah , murid miskin

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain