suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gali semula kubur, anak buat photoshoot bogel 'pose' sebelah rangka bapa

Sesi fotografi itu berlangsung pada hujung Mac, lapor Beijing News.

SEORANG artis di China mengundang kontroversi apabila berbogel dan mengambil gambar bersebelahan rangka mayat bapanya yang digali semula dari kubur.

Siyuan Zhuji, 33, dari Beijing melakukan perbuatan itu untuk sebuah sesi fotografi.

Dia memuat naik foto berkenaan ke laman web Artand dan Weibo pada Sabtu.

Foto itu pantas menerima kecaman ramai yang menyifatkan pemuda itu tidak tahu malu dan biadab.

Sesi fotografi itu dilakukan pada hujung Mac, lapor Beijing News.

Siyuan atau nama sebenarnya Si Lulu mendedahkan, dia baru berusia tiga tahun sewaktu bapanya meninggal dunia akibat kanser hati.

"Ia perasaan yang hebat. Ini yang paling dekat saya pernah bersama dengan ayah.

"Saya meluahkan perasaan kepada dia dengan cara saya yang tersendiri.

"Saya memang mahu berbogel kerana ia cara kita datang dan tinggalkan dunia ini," ujarnya.

Selepas foto itu tular, akaun Siyuan di laman Weibo digantung serta merta. - Daily Mail.

siyuan zhuji, fotografi, mayat, kubur

Artikel Lain