suria

Bukan sekadar permainan! Ais krim Candy Crush hadir dengan 3 perisa

JIKA anda suka makan ais krim dan ketagih dengan permainan Candy Crush, ini berita gembira untuk anda.

Siapa sangka, fantasi yang tak pernah terfikir dek akal kini menjadi realiti.

Sebuah gedung di United Kingdom, Home Bargains kini menjual ais krim yang diinspirasikan dari permainan popular itu.

Ia hadir dengan beberapa perisa seperti bubblegum surprise, chocolate mountain dan marshmallow delight.

Ais krim itu dijual pada harga £1.99 (RM10.64).

Untuk rekod, permainan Candy Crush dilancarkan pada Aril 2012 dan dimuat turun sebanyak 500 juta kali pada tahun pertama.

Permainan itu mempunyai lebih 3,500 peringkat untuk dilepasi oleh para pemain.

Selain di peringkat antarabangsa, ia turut menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu. - Mirror.UK.

ais krim, candy crush

Artikel Lain