suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raikan kematian, keranda berbentuk cili, kereta dan ikan antara yang ditempah di Ghana

Antara rekaan keranda Paa Joe.

MENJADI lumrah setiap insan yang bernyawa, semuanya akan meninggal dunia apabila tiba waktunya.

Bagi sesetengah individu, mereka pastinya mempunyai perancangan apabila hari itu tiba.

Misalnya, ada yang membuat wasiat untuk ditanam di lokasi pilihan, malah ada juga yang sudah siap menempah keranda untuk diri sendiri.

Berbicara soal keranda, seorang lelaki di Ghana mencipta nama apabila rekaan keranda miliknya sering menjadi tular.

Paa Joe bersama keranda berbentuk singa yang direka olehnya.

Paa Joe merupakan pembuat keranda popular di negara itu.

Dia menjadi bualan ramai kerana kepakaran dalam membina keranda dalam pelbagai bentuk mengikut keinginan pelanggan.

Antaranya, keranda berbentuk kereta Porshe, kasut Nike, botol Coca-Cola, cili, roket, singa dan macam-macam lagi.

Mempunyai lima dekad pengalaman, Joe pernah menerima kunjungan individu berpengaruh seperti Kofi Anan dan Bill Clinton.

Keranda berbentuk ikan.

Di Ghana misalnya, rakyatnya sememangnya meraikan kematian.

"Orang meraikan kematian di Ghana sewaktu pengebumian, kita raikan mereka yang meninggalkan kita.

"Sewaktu upacara, akan ada ramai orang dan banyak bunyi-bunyian," ujar Jacob, anak kepada Joe.

Joe mula membuat keranda sewaktu berusia 16 tahun. - The Guardian.

keranda, paa joe

Artikel Lain