suria

Pakar akademik cipta komputer AI, mampu ramal kematian manusia dengan ketepatan 95 peratus

Algoritma pintar teknologi itu menilai data kesihatan lebih setengah juta individu di United Kingdom (UK)

KAJIAN Universiti Nottingham yang menggunakan Artificial Intelligence (AI) untuk membuat ramalan kematian sebelum waktunya diharap dapat menyelamatkan nyawa manusia.

Ujar pihak terlibat, kajian itu boleh digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan pada masa akan datang dan mencegah kematian pada usia muda disebabkan penyakit kronik seperti kanser.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam PLOS One itu mendakwa komputer pintar terbaharu itu jauh lebih baik dalam membuat ramalan berbanding model yang direka oleh pakar perubatan sebelum ini.

Menerusi teknologi ini, mereka membuat ramalan berdasarkan gaya hiudp yang memberi kesan kepada kematian awal, manakala kaedah sebelum ini hanya membuat perhitungan berdasarkan fakta asas seperti usia dan jantina.

Algoritma pintar teknologi itu menilai data kesihatan lebih setengah juta individu di United Kingdom (UK) yang berusia 40 hingga 69 tahun selama beberapa tahun.

Lebih 14,000 individu dalam kajian itu meninggal dunia sewaktu tempoh penyelidikan antara 2006 hingga 2010.

Hasilnya, mereka mendapati teknologi itu mampu membuat ramalan tepat sehingga 95 peratus.

"Kami membuat pemetaan ramalan yang dihasilkan daripada data kematian kohort, menggunakan rekod kematian Statistik Perangkaan Negara, pendaftaran kanser UK dan statistik episod hospital," kata pengarang utama kajian itu, Dr Stephen Weng.

"Kami mendapati algoritma mesin ini lehih tepat dalam meramalkan kematian berbanding model rawatan piawai yang dibangunkan oleh pakar manusia," katanya lagi. - Daily Star.

ramalan kematian, komputer, ai

Artikel Lain