suria

Ramai terkejut seluar denim dijual mahal, boleh nampak punggung

Seluar denim yang dipakai kelihatan begitu menyerlah.

ORANG ramai dikejutkan dengan seluar pendek denim yang dijual secara dalam talian.

Kejutan itu disebabkan rekaan seluar itu menunjukkan hampir keseluruhan punggung si pemakai.

Bukan setakat itu, seluar tersebut juga tidak dijual pada harga murah, iaitu £235 (RM1,248).

Seluar denim tersebut dikatakan direka untuk pemakaian di bahagian dalam atau luaran seluar lain.

Menerusi keterangan di laman web menyebut: "Denim boleh menjadi nakal dan menarik perhatian yang memandang."

Adakah anda sanggup memakai seluar denim yang menampakkan punggung?

Ia menambah: "Seluar pendek seperti seluar dalam ini boleh dipakai di dalam atau di luar seluar, bermaksud ia lebih versatil daripada apa yang anda biasanya fikirkan daripada sehelai seluar dalam.

"Seluar dalam tidak perlu dipakai di 'dalam sana'," tambah keterangan itu.

Rata-rata pembeli dalam talian mempersoalkan sama ada ia tidak selesa apabila dipakai.

Ramai turut bersimpati dengan model yang perlu memperagakan seluar itu, malah ada yang keterlaluan menyifatkan model yang memakainya kelihatan seperti pelacur. - Mirror UK

denim, seluar dalam

Artikel Lain