Mesej terakhir juruterbang Ethiopian Airlines sebelum pesawat terhempas didedah - Dunia | mStar

Mesej terakhir juruterbang Ethiopian Airlines sebelum pesawat terhempas didedah

Yared Getachew.

JURUTERBANG pesawat Ethiopian Airlines menghubungi menara kawalan trafik udara meminta untuk mendarat sebelum pesawat itu terhempas.

Yared Getachew, kapten Boeing 737 Max itu turut meminta kebenaran untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa Bole apabila pesawat dikendalikannya mengalami masalah selepas beberapa minit berlepas menuju ke Nairobi, Kenya.

Kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ethiopian Airlines, Tewolde GebreMariam mendedahkan mesej terakhir antara Getachew dan menara kawalan trafik udara.

"Menurut rakaman perbualan di menara kawalan trafik udara, juruterbang mendakwa pesawat mengalami masalah, jadi dia berdepan kesukaran untuk mengendali pesawat berkenaan.

"Dia meminta untuk kembali ke lapangan terbang dan kebenaran telah diberikan kepadanya untuk berbuat demikian.

Namun GebreMariam memberitahu CNN:"Pada pukul 8.44 pagi, waktu sama pesawat itu hilang dari radar."

"Masih tidak dapat dipastikan apa masalah yang dilalui juruterbang itu," katanya.

Namun GebreMariam berkata semua kakitangannya diberi latihan baharu selepas insiden Lion Air tahun lalu yang menyaksikan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 itu terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat.

"Pesawat itu jenis sama, pesawat baharu dan tempoh penerbangan amat pendek.

"Terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab berhubung keselamatan pesawat tersebut," katanya.

Kini kotak hitam yang merekodkan data akan dihantar ke Paris untuk dianalisis.

GebreMariam menyifatkan Gatechew seorang juruterbang berpengalaman yang merekodkan penerbangan lebih 8,000 jam.

Gatechew turut ditemani pembantu juruterbang berpengalaman, Ahmed Nur Mohammod Nur. - Mirror.co.uk

Ethiopian Airlines

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain