suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut seluar jeans dibeli panjang 45 inci, berdiri atas kerusi masih tak cecah lantai!

SEORANG wanita dikejutkan dengan seluar jeans yang dibelinya apabila mendapati panjangnya berukuran 45 inci.

Natalie Norton yang mempunyai ketinggian 5 kaki 4 inci mengambil gambarnya memegang seluar itu sambil berdiri di atas kerusi.

Tindakan wanita berusia 26 tahun itu untuk membuktikan betapa panjangnya seluar tersebut.

Walaupun Natalie berdiri di atas kerusi, seluar itu masih belum mencecah lantai.

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, dia bertanya: "Sesiapa ada kaki sepanjang lima kaki dan mahu seluar jeans?"

Natalie dari Warrington, Cheshire di England berkata, dia sering menempah seluar daripada jenama yang sama, tetapi semuanya sepadan.

Natalie mempunyai purata ketinggian bagi wanita di Britain, biasanya memakai seluar dengan panjang 30 inci. - Mirror UK


Artikel Lain