Ibu dakwa suspek tragedi berdarah mangsa buli di sekolah - Dunia | mStar

Ibu dakwa suspek tragedi berdarah mangsa buli di sekolah

Guilherme Taucci Monteiro. Foto Facebook/

IBU kepada suspek yang menembak mati lapan orang di sebuah sekolah di Brazil mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli.

Tatiana Taucci memberitahu anak lelakinya, Guilherme Taucci Monteiro itu dibuli di sekolah.

"Dia dibuli. Dia terus tak mahu ke sekolah sebab itu," katanya.

Tatiana terkejut mendapat tahu anaknya terlibat dalam pembunuhan, menerusi televisyen.

Kenyataan Tatiana dibuat selepas penyiasat memberitahu motif amukan berdarah itu berkemungkinan diinspirasi daripada kes pembunuhan beramai-ramai pada 1999 di Amerika Syarikat.

Penyerang berjaket hud, Monteiro, 17, dan Henrique De Castro, 25, bersenjatakan pistol, pisau, kapak dan busur silang melancarkan serangan di sekolah Raul Brasil dekat Sao Paulo di Suzano.

Menurut pihak berkuasa, mereka membunuh lima pelajar serta dua orang dewasa sebelum kedua-dua suspek membunuh diri.

Setiausaha awam negeri, Joao Camilo Pires berkata, seorang cikgu dan juga pentadbir sekolah turut terbunuh dalam serangan itu.

Pihak berkuasa memberitahu, seorang pemilik perniagaan kereta terpakai turut ditembak mati sebelum serangan dilancarkan di sekolah tersebut.

Beberapa minit sebelum serangan berlaku, Monteiro memuat naik 26 gambar di laman sosial Facebook termasuk gambar bersama senjata dan gaya tidak senonoh.

Facebook kemudian memadam akaun Monteiro.-scmp.com

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin