suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telefon bimbit 'penyelamat' lelaki diserang anak panah

Anak panah tembus pada telefon bimbit.-Foto: NSW Police

TELEFON bimbit menjadi penyelamat bagi seorang lelaki berusia 43 tahun apabila terselamat dalam kejadian serangan bersenjatakan busur.

Polis berkata kejadian itu berlaku apabila suspek yang memegang busur dan anak panah telah menyerang mangsa ketika berada di luar rumah.

Tindakan suspek membuatkan mangsa merakam gambar penyerang menggunakan telefon bimbit.  

Ketika anak panah dilepaskan, ia telah menembusi telefon bimbit mangsa sekali gus hanya menyebabkan penduduk di Nimbin itu mengalami kecederaan kecil sahaja.

Dalam pada itu, lelaki bersenjata yang berusia 39 tahun itu telah ditahan di tempat kejadian.

Kejadian tersebut berlaku di New South Wales kira-kira 180 kilometer di selatan Brisbane, Rabu.

Suspek tersebut didakwa atas kesalahan menyerang dan merosakkan harta benda. Dia akan dihadapkan ke mahkamah bulan depan.-bbc.com

anak panah, telefon bimbit

Artikel Lain