suria

NASA putus harapan, kenderaan dihantar ke planet Marikh rosak akibat ribut pasir

MENERUSI sidang media pada Rabu, NASA mengumumkan kenderaan yang dihantar mereka ke planet Marikh sudah rosak.

Dinamakan Opportunity, kenderaan yang dijana menerusi tenaga solar itu tidak berfungsi sejak 10 Jun tahun lalu sebelum disahkan rosak sepenuhnya bulan ini.

Ia sekaligus menyebabkan NASA perlu menghentikan misi eksplorasi di planet itu.

Antara foto dari kenderaan itu yang diambil di planet Marikh

Jelas pihak NASA, mereka cuba untuk menghidupkan kenderaan itu sejak Jun namun gagal.

Menurut NASA lagi, kerosakan itu berlaku kerana ia gagal mengecas bateri solar.

Ia berikutan cahaya matahari tidak sampai di planet itu akibat ribut pasir yang berlaku pada tahun lalu.

Selain nama Opportunity, kenderaan itu turut digelar sebagai Oppy oleh para petugas di NASA.- Daily Mail.

Opportunity, NASA, Marikh

Artikel Lain