suria

Wartawan veteran Filipina ditahan kes fitnah siber

Maria Ressa.

WARTAWAN veteran Filipina, Maria Ressa ditahan di pejabatnya berkaitan kes fitnah siber terhadap portal beritanya, Rappler.

Menurut Rappler, pegawai dari Biro Penyiasatan Nasional (NBI) berpakaian biasa datang ke pejabat mereka pada Rabu untuk menyerahkan waran tangkap.

Portal berita itu juga berkata Maria didakwa atas pertuduhan jenayah siber ekoran penyiaran sebuah artikel, tujuh tahun lalu.

Ressa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rappler sering bertelagah dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Menurut CNN, Ressa sering didakwa atas pertuduhan libel dan mengelak cukai yang disifatkan pengkritik sebagai bermotifkan politik dan direka untuk menyekat kebebasan media.

Ressa sebelum ini merupakan koresponden CNN.

CNN melaporkan pendakwa Filipina memfailkan lima kes berkaitan pertuduhan mengelak cukai terhadap Ressa dan Rappler pada 2018.

Sesetengah pertuduhan itu mendakwa syarikat tersebut gagal mengisytiharkan pulang cukai bernilai US$3 juta (RM12 juta) pada 2015 daripada pelaburan Omidyar Network, sebuah dana diwujudkan pleh pengasas eBay dan dermawan, Pierre Omidyar. - The Star

Maria Ressa

Artikel Lain