Kecoh tulisan, angka 2020 pada hati ayam baru disembelih, semakin dibasuh semakin jelas - Dunia | mStar

Kecoh tulisan, angka 2020 pada hati ayam baru disembelih, semakin dibasuh semakin jelas

JEMAAH di sebuah gereja gempar dengan penemuan hati ayam yang mempunyai tulisan dan angka, Isnin.

Ketua Majlis Rayon Enam Jemaah Gereja Sonaf Neka, Desa Huilelot, di Pulau Semau, Nusa Tenggara Timur, Nelcina Pong Baung berkata penemuan hati ayam yang mempunyai huruf dan angka itu baru kali pertama berlaku di daerahnya.

Kejadian itu segera mendapat perhatian penduduk setempat dan pihak media.

"Ini baru kali pertama terjadi. Memang aneh, tapi memang ramai yang datang melihatnya," kata Pong Baung, Rabu.

Pong Baung turut bercerita bagaimana hati ayam dari ayam yang disembelih itu ditemui.

Menurut Pong Baung, pada Isnin sejumlah jemaah gereja sedang mengadakan majlis.

Sejumlah wanita yang menjadi ahli jawatankuasa untuk jamuan membeli dua ekor ayam daripada seorang penternak di sebuah kampung lain yang kemudiannya disembelih.

Ketika mereka sedang mencuci dagingnya, salah seorang daripada mereka melihat tulisan pada hati ayam yang mempunyai deretan angka dan huruf yang kebanyakannya dicetak terbalik.

Tulisan itu mempunyai dua baris yang mana di barisan pertama tertulis kombinasi huruf dan angka 10D2E01.

Barisan kedua pula tertulis 2020.

Pong Baung berkata dia pada awalnya menyangka tulisan itu adalah dakwat surat khabar yang melekat ketika proses memotong ayam.

Tetapi agak menghairankan tulisan itu tidak hilang apabila dicuci, malah semakin dapat dibaca dengan jelas.

Melihat kejadian itu, dia kemudian membuat laporan kepada pihak yang sepatutnya.

Pong Baung tidak mahu membuat spekulasi tentang kewujudan tulisan di hati ayam itu.

Buat masa ini, hati ayam itu disimpan di peti sejuk milik paderi Viktor Paulus Boru.

Hati ayam itu akan ditanam setelah mendapat persetujuan pihak gereja. -Kumparan

hati ayam , tulisan , 2020 , angka

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus