suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar kes rogol budak 5 tahun hingga lumpuh, Sierra Leone isytihar darurat

Julius Maada Bio. Foto Reuters

PRESIDEN Sierra Leone mengisytiharkan negara darurat selepas seorang kanak-kanak berusia lima tahun dirogol secara kejam sehingga patah tulang belakang, menggemparkan negara di barat Afrika itu.

Presiden Julius Maada Bio mengecam keganasan seksual yang semakin berleluasa di negara Afrika, di mana menurut statistik polis, kadar jenayah hampir sekali ganda sejak tahun lalu.

Mangsa, lumpuh di bahagian bawah pinggang selepas dirogol oleh seorang saudara lelaki berusia 28 tahun, setahun lalu.

"Dia tidak boleh berjalan lagi, dan saya mahu membalas di atas apa yang berlaku," kata nenek mangsa kepada Reuters, sambil duduk di sebelah mangsa yang menggunakan kerusi roda di klinik perubatan di Freetown.

"Orang yang telah memusnahkan hidupnya patut meringkuk dalam penjara," tambahnya.

Jenayah bermotifkan seksual di Sierra Leone membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan beberapa kes berjaya disabitkan. - Mirror UK

Sierra Leone, rogol, Julius Maada Bio

Artikel Lain