suria

Doktor tenang picit 'sista di kepala terbesar pernah saya lihat', penderitaan pesakit berakhir

-foto TLC

DR Pimple Popper (Dr pemicit jerawat) benar-benar cemerlang dalam menjalankan tugasnya!

Semasa episod terbaru siri TV TLC baru-baru ini, seorang pesakit, Irais, tiba di pusat pembedahan Dr Sandra Lee dengan sista bersaiz buah limau.

Walaupun Irais nampak normal, ketumbuhan itu sebenarnya memberikan kesan buruk terhadap fizikal dan emosinya sekali gus membuatkan kehidupannya kucar-kacir.

Malah dia telah dibuli gara-gara jerawat besarnya itu yang sudah berada di kepalanya selama lapan tahun.

Tanpa rasa takut, Dr Pimple Popper memeriksa kulit kepala Irais, memberikannya suntikan sebelum mengeluarkan pisau bedahnya.

Ketika Lee menoreh kulit pada sista itu, dia menjelaskan: "Ada belon besar di dalamnya, saya perlu mengeluarkannya secara keseluruhan."

-foto TLC

Dan dia kemudian mula memicit.

"Itulah sista terbesar yang pernah saya lihat," katanya sambil meneruskan pembedahan dengan tenang.

Dia kemudian memicit ketumbuhan itu sehingga nanah berwarna kuning terang dapat dilihat terpancut.

Dr Pimple Popper menjadi fenomena yang tidak dimahukan secara tiba-tiba tetapi ramai juga yang obses dengannya.

Beliau dalah seorang ahli dermatologi Amerika yang beroperasi di California.

-foto TLC

Pada tahun 2010, Lee mula memuat naik video ke YouTube tetapi tidak banyak, sehinggalah tahun 2015 selepas dia menyedari populariti video pengekstrakan kulit yang dimuat naik di Instagram.

Lee membuka akaun Instagramnya pada 2014 dan mula mendapat perhatian ramai selepas memuat naik video mengeluarkan 'blackhead'.

Tidak lama selepas itu, dia memuat naik video memicit 'blackhead' pada hidung pesakit dan menyiarkannya di YouTube.

-foto TLC

Sejak itu beliau menggunakan nama Dr Pimple Popper.

Lee kini mempunyai lebih 4 juta pengikut di platform media sosial, dengan videonya ditonton lebih 1 bilion kali dan terus ditonton.

Sebagai pertukaran bagi mendapatkan kebenaran pelanggan untuk membuat rakaman dan menyiarkan kandungan semasa pembedahan, Lee menawarkan diskaun atau rawatan percuma kepada pesakit.

Pada tahun 2017, Lee melancarkan produk penjagaan kulitnya sendiri, SLMD.

Pada tahun 2018, Lee menandatangani perjanjian dengan TLC untuk menghasilkan siri TV Dr Pimple Popper yang bermula pada 11 Julai. -MetroUk/wikipedia

Artikel Lain